Sunday, April 24, 2011

BoboiBoy VS Upin Ipin



Siri animasi BoBoiBoy disiarkan di TV3 setiap hari Ahad mengisahkan BoBoiBoy yang tinggal bersama atuknya membuka sebuah gerai(Pulau Rintis).
Kemunculan makhluk asing(Adu Du) telah datang ke dunia, kemudian Adu Du ingin mencuri koko Tok Aba. Koko itu digunakan sebagai sumber tenaga setelah ditukarkan ke bentuk cecair lebih-lebih lagi minuman coklat panas dengan resepi rahsia Tok Aba.
Kemudian, ada satu bola kuasa(Ochobot) telah mengikut BoBoiBoy keluar daripada tempat tinggal makhluk asing tersebut dan memberi kuasa yang luar biasa kepada BoBoiBoy.
Antara kebolehan BoBoiBoy adalah kuasa kilat, angin dan tanah. Kebolehan BoBoiBoy yang lain belum dikenal pasti sepenuh nya lagi, itu sahaja kuasa yang BoBoiBoy keluarkan.
Macam mana?? Adakah BoBoiBoy dapat menandingi popularity Upin dan Ipin?? Sama – samalah kita saksikan.
Dengan karaktar yang cukup comel dan begitu cantik design watak – watak BoBoiBoy, saya rasa ramai peminat Animasi dan budak – budak kecil akan minat gila dengan kartun ni.
Antara watak – watak yang ada dalam anime ni adalah BoBoiBoy, Yaya, Gopal dan Ying.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...